PULAU REDANG

Pulau Redang terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan berbagai spesis hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari persisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di Pulau Redang. peta pantai redang Aktiviti menarik di Pulau Redang Percutian ke pulau redang tidak akan sempurna jika tidak melakukan aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong yang berkunjung ke pulau ini. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Redang seperti: Snorkeling - Aktiviti utama dan paling menarik untuk dilakukan jika bercuti di Pulau Redang. Terdapat beberapa tempat menarik untuk snorkeling seperti di Taman Laut Pulau Redang di Pulau Pinang dan juga beberapa tempat lain disekitar Pulau Re...