PULAU TIOMAN
PULAU TIOMAN :
Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh
dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah
dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an. Pulau Tioman menjadi tumpuan
pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi
seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.
SEJARAH PULAU TIOAMAN :
Pulau Tioman mempunyai sejarah dan kisah lagendanya yang tersendiri. Marhum Mangkat di Laut - Kisah perahu bendahara Pahang yang karam di laut ketika hendak melawat Pulau Tioman. Sejarah Pulau Tioman ini berlaku pada tahun 1802. Penyerahan pulau Tioman kepada Pahang - Asalnya pulau Tioman adalah milik kerajaan Johor. Pada tahun 1868, pulau Tioman berserta beberapa buah pulau lain telah diserahkan oleh Temenggong Abu Bakar kepada Pahang yang berada dibawah pemerintahan Bendahara Wan Ahmad. Perjanjian ini turut disaksikan oleh gabenor British ketika itu, Sir Harry Ord. Kisah dongeng asal pulau Tioman - Dikatakan pulau Tioman berasal dari naga Tasik Chini yang berenang mencari daratan ketika banjir besar. Naga itu kemudiannya berhenti di laut kerana hari siang. Ia tinggal disitu dan akhirnya menjadi pulau. Kisah asal nama pulau Tioman - Dikatakan berasal dari perkatan "Tiong" dan "man". Perkataan "man' dalam bahasa Pahang bermaksud "saya". Kisah seorang penghuni pulau tersebut yang memelihara burung tiong yang pandai berkata-kata. Apabila ditanya oleh orang yang singgah di pulau itu, siapa empunya burung tersebut? Dijawabnya "Tiong man".
PANTAI MENARIK DI PULAU TIOMAN
Keistimewaan Pulau Tioman selain dari kisah sejarah dan lagendanya ialah laut yang mempunyai berbagai karang dan hidupan laut yang cantik. Malah di Pulau Tioman sendiri terdapat banyak pantai menarik yang berpasir halus serta air laut yang jernih kehijauan hingga menampakkan dasar laut yang cetek. Kecantikan inilah yang memukau pengunjung yang datang dari dalam mahupun luar negara.
Antara pantai menarik yang ada di Pulau Tioman ialah:

- Pantai Tekek.
- Pantai Salang.
- Pantai Paya.
- Pantai Genting.
- Pantai Ayer Batang.
- Pantai Mukut.
- Pantai Nipah.
- Pantai Juara.
- Pantai Sri Intan.
- Pantai Monkey Bay.
- Pantai Monkey Beach.

Comments
Post a Comment